Mencari...

Apa yang Perlu Dicari

N.Y 2010


JAGUNG HIBRID + MALAYSIA BOOK OF RECORDS = PESTA JAGUNG KOTA MARUDU, SABAH


Datuk Seri DR. Maximus
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia


Sejenis jagung HIBRID yang dinamakan Jagung 1 Kota Maruduakan di tanam di Kota Marudu, daerah yang terkenal dengan tanaman jagung. Keistimewaan jagung hibrid ini ialah buah yang besar, manis, rapuh dan yang uniknya boleh dimakan mentah-mentah. Jagung ini menggunakan baja bio.

Pelbagai aktiviti semasa pesta jagung diadakan. Salah satu aktiviti yang perlu kita saksikan beramai-ramai ialah PERCUBAAN MEMBAKAR 5,000 TONGKOL JAGUNG DALAM TEMPOH 15 MINIT . Jika aktiviti ini berjaya, maka akan dimasukkan kedalam MALAYSIA BOOK OF RECORD. 
>>>>>>>>>>JOM....SUPPORT JAGUNG 1 KOTA MARUDU<<<<<<<<<<

PERHIMPUNAN AGUNG PBS 2009 KALI YANG KE 24


Pada tanggal 7 Nov hingga 9 Nov 2009, Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat telah mengadakan Majlis Perhimpunan Tahunan kali yang ke 24. Persidangan kali ini melibatkan proses pemilihan pemimpin Induk, Pemuda dan Wanita PBS.Majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia , Y.A.B Datuk Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di Dewan Besar Magelan, Sutera Hobour Kota Kinabalu.

Bongkar Keajaiban Sedekah


Posted : Missone2

Sedekah adalah suatu patah perkataan yang amat sinonim dengan masyarakat kita. Sedekah adalah sebahagian kecil daripada nilai moral dan agama.Sesiapa yang hendak bersedekah dialu-alukan, yang tidak bersedekah tidak mengapa kerana sedekah bukan suatu paksaan.Terdapat pelbagai jenis sedekah....sedekah harta, wang ringgit, tingkallaku, senyuman dan sebagainya


Surah al-Baqarah ayat 261 adalah antara ayat suci al-Quran yang popular dalam membuktikan kelebihan bagi mereka yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud: Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang yang dikehendakinya. Allah Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui.

Diakui ataupun tidak, teori ekonomi yang kita ketahui adalah teori ekonomi yang berprinsip atau berparadigma matematik. Kebenaran ekonomi adalah kebenaran matematik iaitu 1+1=2 dan 1-1=0.

[link]

Cara Memasang ShoutBox di Sidebar

Apa itu Shoutbox?Shoutbox merupakan sebuah gadget/widget yang berkonsepkan "Instant Guest Book" untuk blog/website. Shoutbox sangat penting di sesebuah blog/website kerana ia akan memudahkan pelawat meninggalkan pesanan atau jejak lawatan mereka.

Pada masa ini terdapat banyak shoutbox yang boleh digunakan, antaranya termasuklah ShoutMix, CBox, SBox, Bumpin dan sebagainya. Selain itu, ada juga blogger yang gemar menggunakan gadget/widget sembang yang lain, seperti Chatroll dan Chatango. (Difahamkan ada sesetengah gadget/widget sembang, terutamanya yang menggunakan komponen flash akan melambatkan loading sesebuah blog/website).

Berbalik kepada pemasangan shoutbox tadi...
Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan shoutbox anda. Ini boleh dilakukan dengan mendaftar di mana-mana penyedia widget yang disebutkan di atas. Jika blog sudah sedia terpasang shoutmix, langkah untuk memasang shoutbox di sidebar lebih mudah.

1. Login di dashboard, kemudian paparkan halaman Layout - Page Element.
2. Setelah itu, klik pada Add a Gadget, kemudian pilih HTML/JavaScript.
3. Seterusnya apabila kotak Configure HTML/JavaScript dipaparkan tampalkan (paste) kod berikut pada ruangan Content:


4. Dalam kod di atas terdapat beberapa perkataan yang ditandakan dengan warna merah. Maknanya kod itu boleh diubahsuai. Contohnya perkataan left pada kod tersebut menunjukkan yang shoutbox anda akan muncul di sebelah kiri.
5. Background URL pada kod di atas bermaksud url di mana imej anda disimpan. Dalam contoh kod di atas, saya menggunakan imej seperti berikut yang saya simpan di url seperti di atas (http://kulanzsalleh.com/blog2/jejaklawatan.png).



Anda boleh menukarkan imej tersebut dengan imej yang lain mengikut kesukaan anda (Gunakan enjin carian google untuk mendapatkan imej/button).

6. Seterusnya masukkan kod shoutbox anda di bahagian berikut:



7. Apabila selesai, simpan (save) gadget HTML/javascript yang anda buat itu, tetapi pastikan anda tidak meletakkan tajuk (title) pada kod berkenaan. Setelah itu, lihat laman blog anda. Kini anda memiliki shoutmix yang diletakkan di sidebar (kanan). Apabila butang Jejak Lawatan diklik, shoutbox anda akan dipaparkan seperti berikut.



8.  Sekiranya anda ingin meletakkan shoutbox itu di sidebar sebelah kiri pula, anda hanya perlu menukarkan beberapa kod. Perhatikan kod yang ditulis dengan perkataan left dan right. Anda hanya perlu menukarkan perkataan left menjadi right dan sebaliknya perkataan right pula menjadi left. Dengan kata lain tukarkan secara berlawanan sahaja. Selamat mencuba!

Sila copy paste kod berikut untuk membuat gadjet seperti di atas.

Syor insentif khas kepada swasta buka kelas prasekolah: Muhyiddin

MUAR: Kerajaan akan menyediakan skim insentif khas bagi menggalakkan lebih banyak pihak swasta menganjurkan kelas prasekolah khususnya di luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengenal pasti bentuk galakan yang perlu disediakan itu dan keputusan mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

Muhyiddin berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Pendidikan dan Kerjaya di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini. Syor insentif khas kepada swasta buka kelas prasekolah: Muhyiddin
Sumber: Berita Harian

Dua serangan bom di Pakistan

Pengebom bunuh diri serang pangkalan tentera udara, restoran mewah

ISLAMABAD: Pengebom bunuh diri menyerang pangkalan tentera udara dan restoran mewah selang beberapa jam semalam, meneruskan pertumpahan darah dalam siri serangan pengganas sejak 19 hari lalu di Pakistan yang sudah menyaksikan hampir 200 terkorban. Dua serangan berasingan semalam yang membunuh lapan orang dilakukan ketika tentera kerajaan melancarkan operasi terhadap kedudukan Taliban di wilayah barat laut.


Serangan pertama membabitkan seorang pengebom meletupkan dirinya di pos pemeriksaan menuju ke Kompleks Aeronautik Pakistan (PAC) di Karma pada pagi semalam, membunuh lapan orang itu. Kompleks tentera udara itu disebut pakar tentera asing dan penyelidik sebagai lokasi kemungkinan penyimpanan pesawat yang boleh membawa kepala peledak nuklear, menambah kebimbangan baru berhubung keselamatan program nuklear negara itu.

Tentera yang tidak mendedahkan di mana senjata nuklearnya disimpan, menafikan kemudahan itu berkaitan dengan program terbabit. Menurut polis penyerang terbabit mengayuh basikal dan meletupkan bahan letupannya di pos pemeriksaan di jalan menuju ke PAC. "Penyerang mahu masuk ke dalam kawasan PAC.

Dia meletupkan dirinya ketika pegawai mahu memeriksa tubuhnya," kata ketua polis Attock Fakhar Sultan Raja kepada The Associated Press. Letupan di kawasan mewah Hayatabad itu berlaku hanya beberapa jam selepas serangan di Kamra. "Kejadian ini adalah letupan bom kereta. Sepuluh orang cedera dan letupan berlaku di tempat letak kereta di restoran di Hayatabad," kata pegawai polis Fazal-e-Amin. Beliau berkata sebuah kenderaan di kompleks Evergreen yang digunakan sebagai dewan perkahwinan, restoran dan kolam renang musnah sama sekali.

"Letupan yang berlaku amat besar tetapi tidak ada tetamu di situ ketika kejadian, berikutan itu jumlah cedera tidak ramai," katanya. Ketua Kompleks Perubatan Hayatabad, Aftab Durrani, mengesahkan 10 orang cedera dalam kejadian itu.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini. - AP/AFP


Sumber: Berita Harian

SEEKOR UNTA MATI, SAMAN RM900,000.00

Adakah ini berbaloi ? Kerana seekor unta, sampai saman rm 900,000.00!!
Unta tersebut adalah haiwan kesayangan Abdullah al-Saiari, berasal dari Dammam, Arab Saudi yang ingin menyertai pertandingan 'RATU UNTA'. Unta beliau telah terjatuh dalam sebuah lubang yang digali oleh sebuah syarikat minyak terkemuka Arab Saudi iaitu Aramco.DAn Unta itu mati.


Menurut pakar penilai, unta beliau bernilai rm 1juta...!

Apa pendapan kalian. Berikan komen. Sebarang komen anda terlebih dahulu admin ucapan jutaan terima kasih

Selamat Datang




Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada apa yang kita cari. Blog ini hanyalah sebagai satu perkongsian. Mana-mana yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan pengajaran.
Related Posts with Thumbnails
Klik Klik Nuff!

Radio UtaraFM

utarafm.net

Widget utaraFM

Get From Utara.FM Widget

Profil Saya

My photo
Mendidik Jiwa Dan Minda...moto utama. Kalau bukan di sini, dimana lagi...? Kalau bukan kita, siapa lagi..? Hidup perlu Sabar....... Buat yang luar biasa dalam apa jua bidang yang di ceburi, pasti hasilnya luar biasa...Rakan-rakan blogger aplikasikan lah.....semoga sama-sama berjaya dalam mengharungi kehidupan ini.

Titan Power

Rakan Blog


ShoutMix chat widget

free counters