Mencari...

Apa yang Perlu Dicari

Cara Memasang ShoutBox di Sidebar

Apa itu Shoutbox?Shoutbox merupakan sebuah gadget/widget yang berkonsepkan "Instant Guest Book" untuk blog/website. Shoutbox sangat penting di sesebuah blog/website kerana ia akan memudahkan pelawat meninggalkan pesanan atau jejak lawatan mereka.

Pada masa ini terdapat banyak shoutbox yang boleh digunakan, antaranya termasuklah ShoutMix, CBox, SBox, Bumpin dan sebagainya. Selain itu, ada juga blogger yang gemar menggunakan gadget/widget sembang yang lain, seperti Chatroll dan Chatango. (Difahamkan ada sesetengah gadget/widget sembang, terutamanya yang menggunakan komponen flash akan melambatkan loading sesebuah blog/website).

Berbalik kepada pemasangan shoutbox tadi...
Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan shoutbox anda. Ini boleh dilakukan dengan mendaftar di mana-mana penyedia widget yang disebutkan di atas. Jika blog sudah sedia terpasang shoutmix, langkah untuk memasang shoutbox di sidebar lebih mudah.

1. Login di dashboard, kemudian paparkan halaman Layout - Page Element.
2. Setelah itu, klik pada Add a Gadget, kemudian pilih HTML/JavaScript.
3. Seterusnya apabila kotak Configure HTML/JavaScript dipaparkan tampalkan (paste) kod berikut pada ruangan Content:


4. Dalam kod di atas terdapat beberapa perkataan yang ditandakan dengan warna merah. Maknanya kod itu boleh diubahsuai. Contohnya perkataan left pada kod tersebut menunjukkan yang shoutbox anda akan muncul di sebelah kiri.
5. Background URL pada kod di atas bermaksud url di mana imej anda disimpan. Dalam contoh kod di atas, saya menggunakan imej seperti berikut yang saya simpan di url seperti di atas (http://kulanzsalleh.com/blog2/jejaklawatan.png).



Anda boleh menukarkan imej tersebut dengan imej yang lain mengikut kesukaan anda (Gunakan enjin carian google untuk mendapatkan imej/button).

6. Seterusnya masukkan kod shoutbox anda di bahagian berikut:



7. Apabila selesai, simpan (save) gadget HTML/javascript yang anda buat itu, tetapi pastikan anda tidak meletakkan tajuk (title) pada kod berkenaan. Setelah itu, lihat laman blog anda. Kini anda memiliki shoutmix yang diletakkan di sidebar (kanan). Apabila butang Jejak Lawatan diklik, shoutbox anda akan dipaparkan seperti berikut.



8.  Sekiranya anda ingin meletakkan shoutbox itu di sidebar sebelah kiri pula, anda hanya perlu menukarkan beberapa kod. Perhatikan kod yang ditulis dengan perkataan left dan right. Anda hanya perlu menukarkan perkataan left menjadi right dan sebaliknya perkataan right pula menjadi left. Dengan kata lain tukarkan secara berlawanan sahaja. Selamat mencuba!

Sila copy paste kod berikut untuk membuat gadjet seperti di atas.

1 comments:

Anonymous said...

tutorial yang mudah difahami. teruskan usaha, sebelah kita jarang ada bloger yang membuat artikel tentang tips untuk bloger.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Klik Klik Nuff!

Titan Power

Rakan Blog


ShoutMix chat widget

free counters