Mencari...

Apa yang Perlu Dicari

Dua serangan bom di Pakistan

Pengebom bunuh diri serang pangkalan tentera udara, restoran mewah

ISLAMABAD: Pengebom bunuh diri menyerang pangkalan tentera udara dan restoran mewah selang beberapa jam semalam, meneruskan pertumpahan darah dalam siri serangan pengganas sejak 19 hari lalu di Pakistan yang sudah menyaksikan hampir 200 terkorban. Dua serangan berasingan semalam yang membunuh lapan orang dilakukan ketika tentera kerajaan melancarkan operasi terhadap kedudukan Taliban di wilayah barat laut.


Serangan pertama membabitkan seorang pengebom meletupkan dirinya di pos pemeriksaan menuju ke Kompleks Aeronautik Pakistan (PAC) di Karma pada pagi semalam, membunuh lapan orang itu. Kompleks tentera udara itu disebut pakar tentera asing dan penyelidik sebagai lokasi kemungkinan penyimpanan pesawat yang boleh membawa kepala peledak nuklear, menambah kebimbangan baru berhubung keselamatan program nuklear negara itu.

Tentera yang tidak mendedahkan di mana senjata nuklearnya disimpan, menafikan kemudahan itu berkaitan dengan program terbabit. Menurut polis penyerang terbabit mengayuh basikal dan meletupkan bahan letupannya di pos pemeriksaan di jalan menuju ke PAC. "Penyerang mahu masuk ke dalam kawasan PAC.

Dia meletupkan dirinya ketika pegawai mahu memeriksa tubuhnya," kata ketua polis Attock Fakhar Sultan Raja kepada The Associated Press. Letupan di kawasan mewah Hayatabad itu berlaku hanya beberapa jam selepas serangan di Kamra. "Kejadian ini adalah letupan bom kereta. Sepuluh orang cedera dan letupan berlaku di tempat letak kereta di restoran di Hayatabad," kata pegawai polis Fazal-e-Amin. Beliau berkata sebuah kenderaan di kompleks Evergreen yang digunakan sebagai dewan perkahwinan, restoran dan kolam renang musnah sama sekali.

"Letupan yang berlaku amat besar tetapi tidak ada tetamu di situ ketika kejadian, berikutan itu jumlah cedera tidak ramai," katanya. Ketua Kompleks Perubatan Hayatabad, Aftab Durrani, mengesahkan 10 orang cedera dalam kejadian itu.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini. - AP/AFP


Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Klik Klik Nuff!

Titan Power

Rakan Blog


ShoutMix chat widget

free counters